Wednesday, June 17, 2009

KERAJAAN PERPADUAN ANTARA UMNO DAN PAS


Saya tertarik dengan pendapat pengarang dari Utusan Zulkifli Jalil yang bertajuk ‘Perpecahan Melayu teruk’di U.Malaysia bertarikh 18.6.2009.
Memang tidak dinapikan perpecahan Melayu kini semakin teruk dan jika orang Melayu tak sedar diri tak mustahil satu hari kuasa Melayu akan jatuh ke tangan orang lain. Saya bukan menakutkan orang Melayu tetapi inilah kenyataan apabila satu persatu tuntutan demi tuntutan dari kaum lain terpaksa pemimpin kita penuhi kerana untuk mendapatkan sokongan kaum tersebut sehingga berani untuk membuat ugutan untuk keluar dari BN . Kerana apa mereka lihat orang Melayu sekarang tiada perpaduan dan bercakaran sesama sendiri, merekalah yang menjadi undi penentu. Orang Melayu sama ada parti UMNO atau PAS kena sedar bahawa perbalahan sesama mereka, orang lain yang untung. Sampai bila perkara ini tiada penghujungnya. Adakah kerana kepentingan politik masing-masing maka hak dan kedaulatan Melayu, Agama Islam dan Raja-Raja Melayu diabaikan. Mereka perlu sedar kekuatan orang Melayu hanyalah dalam aspek politik sahaja, jika ini tiada jangan mimpilah .....jangan jadi macam orang Melayu di Singapura.
Saya amat setuju dengan cadangan mewujudkan Kerajaan Perpaduan antara UMNO dan PAS. Dua Parti ini merupakan kekuatan orang Melayu. Platform inilah yang harus diambil oleh orang Melayu untuk kembali bersatu dan membuktikan kepada mereka orang Melayu tidak mudah diperkotak-katikkan dan boleh bersatu jika kuasa dan hak orang Melayu tercabar.
Harapan saya cadangan mewujudkan Kerajaan Perpaduan ini menjadi Kenyataan.
Sumber rujukan:

Oleh ZULKIFLI JALILpengarang@utusan.com.my
PUTRAJAYA 17 Jun – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria hari ini memberi amaran perpecahan orang Melayu ketika ini terlampau teruk sehingga golongan majoriti itu kelihatan terlalu lemah.
Membiarkan orang Melayu sendiri mentafsirkan apa yang dimaksudkannya daripada pengamatan suasana hari ini, Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 2008 itu percaya hanya kerajaan perpaduan antara UMNO-Pas sahaja boleh mengembalikan semula kewibawaan orang Melayu di Malaysia.
‘‘Saya sebenarnya tidak mahu mengulas isu-isu politik tetapi dalam soal cadangan kerajaan perpaduan UMNO-Pas ini, saya setuju sangat jika ia dapat dijayakan.
‘‘Ia bukan sahaja boleh menyatukan orang Melayu malah lebih dari itu mempertahankan agama Islam yang suci ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini