Monday, October 19, 2009

7 PINDAAN PERLEMBAGAAN UMNO



7 PINDAAN PERLEMBAGAAN UMNO
oleh Datuk Seri Najib

1. Perluasan jumlah perwakilan

Purata 500 perwakilan bagi setiap 191 bahagian iaitu 95,500 ditambah dengan 51,000 perwakilan , meliputi tiga ketua sayap di 17,000 cawangan.

2. Menghapuskan sistem kuota.

Syarat minimum bertanding jawatan Majlis Tertinggi (MT) perlu mendaftarkan diri dan pernah memegang jawatan Ahli MT atau AJK Bahagian selama satu penggal. Jawatan AJK Bahagian perlu menjadi ahli selama tiga tahun.

3. Pelantikan tambahan seorang lagi wakil wanita dalam MT, bahagian dan cawangan bagi menambah suara wanita.

Jumlah keseluruhan bilangan AJK di peringkat MT pula ditambah daripada 12 kepada 13 orang, tujuh kepada lapan orang di peringkat bahagian dan lima kepada enam orang di peringkat cawangan.


4. Penubuhan jawatankuasa Pemilihan UMNO (JPU) untuk menyelaras logistik bagi pemilihan yang akan diadakan serentak.

5. Menghapuskan yuran tahunan dan diganti yuran RM 2 seumur hidup.

6. Membenarkan ketua-ketua sayap menerima keahlian baru bagi mempercepatkan proses keahlian terutama golongan muda.

7. Memberikan taraf perwakilan automatik kepada Setiausaha Bahagian bagi menghadiri Perhimpunan Agung Tahunan.

Pada pendapat saya kejayaan proses pindaan Perlembagaan UMNO secara sebulat suara hari ini membuktikan kebenaran kata-kata pimpinan terdahulu bahawa UMNO sememangnya mampu mengubah pendekatan dan wajah mengikut zaman bagi memastikan parti ini relevan dan sentiasa mendapat tempat di hati rakyat. Saya lihat Dato' Seri Najib ni merupakan seorang yang amat peka kepada kehendak rakyat dengan melakukan perubahan - perubahan yang drastik dan tidak lagi menoleh belakang.

Wednesday, August 12, 2009

H1N1
















H1N1

I THINK BY NOW THE GOVERMENT MUST BE ODER THE PUBLIC USED MASK WHERE EVER THEIR GO OR DO. IF NOT ,WE COMPOUND OR ELSE BECAUSE THE PUBLIC DO NOT TAKE ACTION /BEWARE ABOUT THE DANGERS OF THE VIRUS AS WE KNOW THE NUMBER OF DEATH MAY INCREASE AND THIS IS OUR WORRY. A LOT IS UNKNOW AND WE WILL NEED TO CONDUCT MORE RESEARCH AND BE PREPARED. WE CANNOT TAKE THIS FOR GRANTED.

Monday, July 13, 2009

11 HADIAH MESRA RAKYAT




11 HADIAH MESRA RAKYAT

GENAP 100 HARI PM KITA MENJADI PERDANA MENTERI , PELBAGAI LANGKAH, TINDAKAN DAN PERANCANGAN YANG KITA LIHAT TELAH BELIAU LAKUKAN BERMULA DENGAN MEMBEBASKAN KUMPULAN HINDRAF, MEMBUAT LAWATAN ANTARANYA KE PUDU RAYA, MEMBUAT LIBERALISASI PERKHIDMATAN DAN KEWANGAN, PERKENALKAN KPI UNTUK PEMIMPIN-PEMIMPIN BN DAN KETUA-KETUA JABATAN DAN YANG TERKINI BELIAU MEMPERKENALKAN 11 HADIAH MESRA RAKYAT YANG BEGITU DRASTIK DAN DITUNGGU-TUNGGU OLEH RAKYAT IAITU:

1- Diskaun tol Pengguna Smart Tag dan Touch n' Go yang membayar tol 80 kali atau lebih sebulan, dapat diskaun 20 peratus.

2- Rumah rakyat 44,000 rumah rakyat untuk dijual kepada penyewa di Wilayah Persekutuan.

3- Lesen penjaja Peniaga kecil di Wilayah Persekutuan diberi potongan 50 peratus untuk perbaharui lesen.

4- Permit teksi 3,000 lagi permit teksi untuk individu ditambah dalam masa tiga bulan akan datang.

5- Cegah jenayah Langkah drastik bagi kurangkan jenayah dan rasuah diumumkan penghujung bulan ini.

6- Daftar kelahiran Permohonan di Sabah dan Sarawak dipermudahkan. Baki permohonan akan diselesaikan sedikit masa lagi.

7- Jalan luar bandar Pembinaan jalan luar bandar di Sabah dan Sarawak ditambah dalam tempoh RMK-10.

8- Bekalan air dan elektrik Bekalan air dan elektrik ditingkatkan di Sabah Dan Sarawak. Perincian diumumkan akhir bulan ini.

9- Latihan motosikal Kadar bayaran latihan tunggang motosikal 250cc ke bawah dikurangkan kepada RM211 mulai 1 September.

10- Tambah peruntukan Peruntukan Tekun Nasional ditambah RM150 juta dan RM15 juta untuk usahawan muda India.

11- Unit amanah Amanah Saham 1Malaysia dengan saiz 10 bilion unit akan diperkenalkan. SAYA HARAP DI


DI BAWAH KEPIMPINAN NAJIB INI KITA HARAP AKAN MEMBAWA NEGARA KE ARAH SATU ANJAKAN PARADIGMA YANG BESAR KEPADA PEMBAHARUAN DAN KEMAJUAN NEGARA DISAMPING KEBAJIKAN RAKYAT TERUS DIDAHULUKAN.

Wednesday, June 17, 2009

KERAJAAN PERPADUAN ANTARA UMNO DAN PAS


Saya tertarik dengan pendapat pengarang dari Utusan Zulkifli Jalil yang bertajuk ‘Perpecahan Melayu teruk’di U.Malaysia bertarikh 18.6.2009.
Memang tidak dinapikan perpecahan Melayu kini semakin teruk dan jika orang Melayu tak sedar diri tak mustahil satu hari kuasa Melayu akan jatuh ke tangan orang lain. Saya bukan menakutkan orang Melayu tetapi inilah kenyataan apabila satu persatu tuntutan demi tuntutan dari kaum lain terpaksa pemimpin kita penuhi kerana untuk mendapatkan sokongan kaum tersebut sehingga berani untuk membuat ugutan untuk keluar dari BN . Kerana apa mereka lihat orang Melayu sekarang tiada perpaduan dan bercakaran sesama sendiri, merekalah yang menjadi undi penentu. Orang Melayu sama ada parti UMNO atau PAS kena sedar bahawa perbalahan sesama mereka, orang lain yang untung. Sampai bila perkara ini tiada penghujungnya. Adakah kerana kepentingan politik masing-masing maka hak dan kedaulatan Melayu, Agama Islam dan Raja-Raja Melayu diabaikan. Mereka perlu sedar kekuatan orang Melayu hanyalah dalam aspek politik sahaja, jika ini tiada jangan mimpilah .....jangan jadi macam orang Melayu di Singapura.
Saya amat setuju dengan cadangan mewujudkan Kerajaan Perpaduan antara UMNO dan PAS. Dua Parti ini merupakan kekuatan orang Melayu. Platform inilah yang harus diambil oleh orang Melayu untuk kembali bersatu dan membuktikan kepada mereka orang Melayu tidak mudah diperkotak-katikkan dan boleh bersatu jika kuasa dan hak orang Melayu tercabar.
Harapan saya cadangan mewujudkan Kerajaan Perpaduan ini menjadi Kenyataan.
Sumber rujukan:

Oleh ZULKIFLI JALILpengarang@utusan.com.my
PUTRAJAYA 17 Jun – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria hari ini memberi amaran perpecahan orang Melayu ketika ini terlampau teruk sehingga golongan majoriti itu kelihatan terlalu lemah.
Membiarkan orang Melayu sendiri mentafsirkan apa yang dimaksudkannya daripada pengamatan suasana hari ini, Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 2008 itu percaya hanya kerajaan perpaduan antara UMNO-Pas sahaja boleh mengembalikan semula kewibawaan orang Melayu di Malaysia.
‘‘Saya sebenarnya tidak mahu mengulas isu-isu politik tetapi dalam soal cadangan kerajaan perpaduan UMNO-Pas ini, saya setuju sangat jika ia dapat dijayakan.
‘‘Ia bukan sahaja boleh menyatukan orang Melayu malah lebih dari itu mempertahankan agama Islam yang suci ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini

Wednesday, May 6, 2009

SELSEMA BABI


BABI LAGI…..SELSEMA BABI YANG MELANDA MEXICO DAN BEBERAPA NEGARA LAIN SEPATUTNYA MENJADI IKTIBAR KEPADA KERAJAAN PEMBANGKANG SEPERTI SELANGOR. KERANA HENDAKKAN UNDI KAUM TERTENTU SANGGUP MENJADIKAN NEGERI TERSEBUT MENJADI PUSAT TERNAK BABI PULA . MEREKA TIDAK SERIK-SERIK, DAHULU DI TELOK PELANDUK ADA JE KINI DUNIA DIKEJUTKAN PULA DENGAN SELSEMA BABI. KALAU TIDAK SALAH FAKTA NEGARA LAIN SEPERTI SINGAPORE MENGIMPORT BABI DARI NEGARA LUAR, MEREKA TIDAK MENTERNAK SENDIRI UNTUK RAKYATNYA KERANA MEREKA TAHU KESAN MENTERNAK BABI INI KEPADA KESIHATAN DAN ALAM SEKITAR.

PADA PANDANGAN ANDA APAKAH YANG PATUT KERAJAAN DAN RAKYAT PATUT LAKUKAN UNTUK MENANGANI JANGKITAN SELSEMA BABI DARI MENULAR KE NEGARA INI.

‘MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATI’

KEJAMNYA PERAGUT


Sumber Utusan Malaysia 7.5.2009

Anggota polis memeriksa mayat Saripah Mohd. Noor yang dirempuh kereta selepas dia diragut di Kampung Padang Raja, Jalan Melor, Ketereh, Kota Bharu semalam.
Sehari selepas seorang wanita hamil maut dalam satu kes ragut di Johor, negara dikejutkan dengan dua lagi kematian tragis akibat jenayah yang sama di Pulau Pinang dan Kelantan.
Di Kota Bharu, seorang wanita hamil empat bulan yang juga ibu kepada lima anak, maut dirempuh kereta selepas terjatuh motosikal akibat diragut dua lelaki bermotosikal di Kampung Padang Raja,Jalan Melor, Ketereh.
Di Pulau Pinang, seorang nenek berusia 86 tahun mati akibat ditumbuk ketika cuba menyelamatkan anak perempuannya berusia 58 tahun daripada menjadi mangsa ragut di rumahnya di Kampung Besar, Tasek Gelugor, Seberang Perai Utara kelmarin.
Saya sekeluarga tidak akan memaafkan dua lelaki yang meragut nyawa ibu saya.
Kalau bukan kerana mereka, pasti hari ini ibu saya masih bernafas
– Siti Aminah Idris mangsa ragut


BERDASARKAN KEJADIAN DI ATAS SAYA BEGITU PILU MELIHAT SEORANG IBU MENGANDUNG MENINGGAL AKIBAT DIRAGUT DAN TERLANTAR DI JALANRAYA. SAYA LIHAT KESELAMATAN ORANG RAMAI KINI TIDAK TERJAMIN BILA-BILA MASA BOLEH TERKENA. PERAGUT BERMAHARAJA MELAKUKAN JENAYAH. APA PERASAAN MEREKA JIKA AHLI KELUARGA MEREKA PULA YANG KENA RAGUT? SEHUBUNGAN ITU BAGAIMANA KITA HENDAK MENGATASI MASALAH YANG TIDAK BERKESUDAHAN INI, SAHABAT ANDAI ADA SEBARANG IDEA UNTUK KITA KONGSI BERSAMA ?

Thursday, April 23, 2009

ADUN PENANTI

Saya harap Datuk Seri Najib meletakkan calon BN untuk bertanding di ADUN Penanti jika pilihanraya diadakan di situ. Walaupun BN perlukan kemenangan, tetapi yang lebih penting lagi BN perlu menunjukkan kesepakatan , perpaduan dan persefahaman di bawah komponen BN.