Monday, October 19, 2009

7 PINDAAN PERLEMBAGAAN UMNO



7 PINDAAN PERLEMBAGAAN UMNO
oleh Datuk Seri Najib

1. Perluasan jumlah perwakilan

Purata 500 perwakilan bagi setiap 191 bahagian iaitu 95,500 ditambah dengan 51,000 perwakilan , meliputi tiga ketua sayap di 17,000 cawangan.

2. Menghapuskan sistem kuota.

Syarat minimum bertanding jawatan Majlis Tertinggi (MT) perlu mendaftarkan diri dan pernah memegang jawatan Ahli MT atau AJK Bahagian selama satu penggal. Jawatan AJK Bahagian perlu menjadi ahli selama tiga tahun.

3. Pelantikan tambahan seorang lagi wakil wanita dalam MT, bahagian dan cawangan bagi menambah suara wanita.

Jumlah keseluruhan bilangan AJK di peringkat MT pula ditambah daripada 12 kepada 13 orang, tujuh kepada lapan orang di peringkat bahagian dan lima kepada enam orang di peringkat cawangan.


4. Penubuhan jawatankuasa Pemilihan UMNO (JPU) untuk menyelaras logistik bagi pemilihan yang akan diadakan serentak.

5. Menghapuskan yuran tahunan dan diganti yuran RM 2 seumur hidup.

6. Membenarkan ketua-ketua sayap menerima keahlian baru bagi mempercepatkan proses keahlian terutama golongan muda.

7. Memberikan taraf perwakilan automatik kepada Setiausaha Bahagian bagi menghadiri Perhimpunan Agung Tahunan.

Pada pendapat saya kejayaan proses pindaan Perlembagaan UMNO secara sebulat suara hari ini membuktikan kebenaran kata-kata pimpinan terdahulu bahawa UMNO sememangnya mampu mengubah pendekatan dan wajah mengikut zaman bagi memastikan parti ini relevan dan sentiasa mendapat tempat di hati rakyat. Saya lihat Dato' Seri Najib ni merupakan seorang yang amat peka kepada kehendak rakyat dengan melakukan perubahan - perubahan yang drastik dan tidak lagi menoleh belakang.

No comments: